Total Pageviews

Tuesday, February 26, 2013

Koleksi Jubah Ana Solehah

saya ada menjual jubah pelbagai  fesyen corak dan warna yang menarik terkini sesuai bagi golongan muslimah yg suka berfesyen di samping menutup aurat..JOM KUNJUNGI PAGE KAMI DI FACE BOOK " KOLEKSI JUBAH ANA SOLEHAH. "
https://www.facebook.com/KoleksiJubahAnaSolehah?ref=hl

Friday, April 8, 2011

set makan damai 2011

kg permatang duku

kg parit hassan


Thursday, February 10, 2011

Valentine's day VS Maulidur Rasul SAW

Assalamualaikum...
Lama tak menulis rasanya dlm blog ni.Minggu ni agak sibuk sedikit dengan kerja-kerja sekolah. Almaklum, ihtifal sekolah dah nak mula minggu depan.Pelajar jadi peserta, cikgu-cikgu jadi urusetianya... :)

Apapun,  ingin saya kongsikan maklumat yang kebanyakkan kita sudah pun tahu, tapi buat-buat xtahu.
Hari Selasa yang lepas, saya menonton rancangan Halaqah di TV9. Tertarik dengan tajuknye,"Sejambak Bunga Cinta".Bulan Februari selalu dinanti oleh pasangan yang bercinta. 14 Februari, masa ni lah kononnya mereka nak buktikan cinta pada pasangan.Tapi bukti cinta mereka itu jauh jauh menyimpang dari ISLAM.
Mungkin rakan-rakan ramai yang menonton rancangan ini. Namun saya terpanggil untuk berkongsi dalam blog saya ini untuk tatapan anak muda khususnya ANAK-ANAK DIDIK saya yang ter'miss' utk menonton.

Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam seperti sambutan Hari Kekasih?
 
Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)

Dalam Islam kata “tahu” berarti mampu mengetahui dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekedar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, bila, bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.
 
Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang mendorong kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.
Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

Sambutan Hari Kekasih @ Valentine's Day tiada kaitan langsung dengan Islam. Apatah lagi pada tahun ini kita akan menyambut Hari Sambutan Kelahiran JunjunganNabi Muhammad SAW pada 15 Feb = 12 Rabiulawwal

Siapa yang akan memberi syafaat pada hari kebangkitan nanti?Adakah Santo Valentinus???
Fikir-fikirkan......
Sesungguhnya Allah mengutuskan Rasullulah sebagai ikutan,contoh,model, idola yang TERBAIK. Islam cukup cantik dalam mengatur peraturan kehidupan. Jadikan Islam sebagai panduan dalam apa jua tindakan kita seharian. Semoga kita termasuk dalam golongan yang mmendapat syafaat Rasulullah pada hari akhirat kelak.....Ameennn.....



Sunday, January 30, 2011

Menu Musim Hujan

Musim hujan macam ni perut asik meronta-ronta mintak makanan...klu dapat makn sup panas-panas memang nikmat...mmm...klu xpun ubi rebus dengan sambal bilis tumis....uh...sungguh enak hingga menjilat pinggan...klu ade sape-sape yang ade menu musim hujan yang lain bleh suggest kt saya...hehe

Tapi dalam kita sibuk nak mengisi perut, ada insan yang sibuk mengemas rumah kerana sudah dinaiki air...Dalam perjalanan malam tadi balik dari Kluang, dah ada rumah yg dinaiki air.Rasenye paras lutut...Dalam kita sedap-sedap tidur atas katil dengan selimut yang tebal, macam mana keadaan mereka..?Jadi, bersyukurlah dengan nikmat yang Allah bagi pada kita...

Disini saya ade doa memohon Allah pelihara kediaman kita dari banjir...Hanya kepadaNya kita sembah,dan kepadanya kita minta pertolongan..
03-27-2008101221AM.jpg

Friday, January 28, 2011

AL-FATIHAH

Beberapa hari yang lepas, saya dan suami didatangi oleh seorang hamba Allah yang ingin memberikan sebuah buku ilmiah. Dia tidak menjual buku itu tetapi memohon derma untuk sebuah badan kebajikan anak-anak yatim...Sering kita dengar ada sesetengah pihak hanya mempergunakan 'badan kebajikan' sebagai modal mereka mengaut keuntungan dengan memohon derma.Walau ape sekalipun, bergantung kepada niat setiap individu yang memberi sumbangan tersebut...Saya baca buku tersebut dan dapati banyak ilmu yang kite sudah ketahui, namun kita sering lalai dan lupa. Buku ini mengingatkan kite tentang ape yang kite telah lupa...
Terdapat 1 bahagian dalam buku ini yang inginn saya kongsi.PENTINGNYA BACAN YANG BETUL DALAM AL-FATIHAH.

Membaca al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. berikut diperturunkan nama syaitan laknatullah yang wujud dalam Surah al-Fatihah sekiranya dibaca dengan salah.

Nama Syaitan:
1. DU LI LAH sepatutnya dibaca dengan betul, DULILLAH
2. HIR ROB sepatutnya dibaca dengan betul HI ROB
3. KIYYAU sepatutnya dibaca dengan betul KI YAU
4. KANNAK sepatutnya dibaca dengan betul KANAK
5. KANNAS sepatutnya dibaca dengan betul KANAS
6. IYA sepatutnya dibaca dengan betul IYYA.

 SIROTOL LAZI ...Sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti
AMIN...hendaklah mengaminkan al-Fatihah dengan betul iaitu AA...dua harkat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin Maaikat insya Allah.Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya...

Rujukan:SAKIT.Apakah Ubatnya?WJSB Resourses

my habibi n I

Assalamualaikum...

Hari pertama menulis dalam blog sendiri...rase teruja bile kawan2 dah ade blog masing-masing, ape salahnye klu saye nak buat gak...insyallah, saya akan berkongsi maklumat dengan anda.....

May Allah Bless Us Here & Hereafter...Ameen..